Selebriti perlu guna platform sesuai

Wednesday, December 6, 2017

Selebriti perlu guna platform sesuai

Selebriti perlu guna platform sesuai

KUALA LUMPUR - "Ada banyak lagi benda baik kerajaan buat, kenapa tak kongsi?", demikian persoalan dilontarkan Exco Puteri Umno, Khaidhirah Abu Zahar kepada beberapa selebriti yang menyuarakan pandangan mereka mengenai isu negara dan kos sara hidup di media sosial.

Khaidhirah atau lebih dikenali sebagai Dira Abu Zahar berkata, penggiat seni seharusnya menggunakan platform yang sesuai untuk menyuarakan pandangan mereka.

"Memang kita amalkan kebebasan bersuara, tapi gunakan platform yang terbaik untuk bercakap. Tidak semestinya bila bersama parti politik baru boleh suarakan pendapat.

"Ada saluran yang lebih efektif berbanding hanya 'berbunyi' di media sosial. Saya sendiri dalam ucapan di Perhimpunan Agung Puteri Umno ada bawa usul mengenai industri kreatif yang sepatutnya diberi perhatian oleh rakyat," katanya ketika ditemui semalam.

Dira yang juga seorang pelakon dan pengarah berkata, terdapat perbezaan antara menyuarakan pendapat peribadi atau mewakili rakyat.

"Adakah mereka bercakap untuk rakyat atau cakap untuk diri sendiri? Saya sendiri walaupun bersama dengan parti kerajaan tetapi saya tidaklah selalu bercakap di media sosial. Sebab kita tak tahu pendapat kita itu bersifat peribadi atau memang untuk bantu rakyat.

"Sebab itu kena berhati-hati lebih-lebih lagi media sosial orang mudah 'spin'. Kadang-kadang kita tak berniat pun nak sokong sebelah sana tetapi orang dah berfikir begitu," katanya.

Sebelum ini, aktres popular Fathiya Latif di laman twitter beberapa kali 'menegur' kerajaan antaranya isu harga minyak dan banjir.

Manakala, penyanyi legenda Datuk Sheila Majid pula menyuarakan pandangannya mengenai isu kos sara hidup yang semakin membebankan.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment