Satu undi BN bermakna bentuk kerajaan Persekutuan
KUALA LUMPUR - Umno meletakkan sasaran untuk menang besar dalam PRU14.
Naib Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Umno boleh menang dan membentuk kerajaan dengan majoriti mudah melalui Sistem First-Past-The-Post.
"Kita ingin memperolehi penguasaan dua pertiga kerusi Parlimen dan Dun dengan majoriti yang jauh lebih besar.
"Satu undi bererti satu undi kepada BN, ia bermaksud satu undi kepada pembentukan sebuah kerajaan persekutuan yang berwibawa dan bertanggungjawab," katanya dalam ucapan Perasmian Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri 2017 di PWTC sebentar tadi.
Ahmad Zahid yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden turut menambah Umno perlu memahami keperluan emosi kehendak dan citarasa 'Madh' u sebagai kumpulan sasaran kita.
"Persoalan ini telah diperingatkan banyak kali oleh Presiden kita harus menumpukan seluruh tenaga dan usaha melalui pendekatan Micro-Targetting dan GOTV (Get Out The Voters)," jelasnya.
"Umno wajib mengekalkan semua kerusi yang dimenangi dan merampas semula kerusi yang telah terlepas kepada parti pembangkang sebelum ini," ujarnya.
Tambah beliau, Umno harus Retain and Regain semua kerusi yang kita sasarkan.
"Kita perlu menang besar. Kita mesti utamakan parti.
"Kita perlu mengetepikan soal berkecil hati merajuk dan sabotaj parti kerana ia hanya akan melumpuhkan gerak kerja," katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment