LIMA wanita dan seorang pondan warga Thailand ditahan dalam Op Dadu di pusat hiburan di Mak Mandin, Butterworth, awal pagi, hari ini.
Dalam serbuan jam 1 pagi itu, semua mereka yang berusia 20-an sedang leka melayan pelanggan di premis terbabit.
Pemeriksaan mendapati lima wanita dan pondan terbabit menyalahgunakan pas lawatan sosial dengan bekerja di pusat hiburan dan ditahan untuk siasatan lanjut.
Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara (SPU) Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, operasi bersepadu itu membabitkan 13 pegawai dan 41 anggota polis, 15 kakitangan Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) dan tujuh penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP).
Katanya, dalam operasi berkenaan, 97 individu dan 42 premis termasuk Pusat Hiburan Keluarga (PHK) diperiksa.
"Operasi bertujuan memastikan tiada kegiatan pelacuran, dadah dan perjudian di kawasan SPU.
âÂÂEnam warga Thailand terbabit ditahan mengikut Seksyen 39(B) Akta Imigresen 1958/63 dan kita turut menahan seorang lelaki tempatan selepas didapati positif dadah,âÂÂkatanya.
sumber: hmetro
0 comments:
Post a Comment