Perdana Menteri berkata, beliau yakin usaha itu mampu dicapai melalui 10,000 usahawan wanita yang telah berdaftar di bawah platform e-kewangan Alibaba.
“Saya mahu melihat lebih ramai usahawan wanita daripada pelbagai generasi mengikut jejak langkah kejayaan usahawan-usahawan wanita ini.
“Semua orang boleh melakukan, lelaki mahu pun wanita dan sudah tentu kerajaan sentiasa berazam untuk memastikan potensi semua wanita diperluaskan dalam pelbagai sektor,” katanya ketika berucap dalam Majlis Perasmian Persidangan Antarabangsa Wanita dalam Politik Kuala Lumpur 2017 (WIPKL) di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Yang turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Pengerusi WIPKL, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim. - UTUSAN ONLINE.
sumber: utusan
0 comments:
Post a Comment