Perwakilan Republikan dan Demokrat bersatu gagalkan usul singkir Trump
PRESIDEN Amerika Syarikat Donald Trump terselamat daripada usaha menyingkirkannya selepas ahli senat mengundi untuk menolak resolusi berkenaan.
Resolusi yang dibawakan Perwakilan Demokrat Al Green dari Texas itu ditolak majoriti anggota Dewan Perwakilan dengan disepakati perwakilan dari parti Demokrat sendiri.
Undian pada Rabu menyaksikan 364 perwakilan menolak usul tersebut berbanding hanya 58 yang menyokong.
Al Green turut mendakwa Trump telah melakukan banyak kesalahan besar dan tidak layak untuk terus menjadi presiden negara Uncle Sam itu.
Bagaimanapun resolusi berkenaan ditolak dengan majoriti besar tanpa diperbahaskan.
Ketua Minoriti Nancy Pelosi dan Ketua Whip Minoriti Steny Hoyer memaklumkan kepada dewan ini bukan masa sesuai untuk menyingkirkan presiden.
sumber: astroawani

Al Green ketika mengemukakan usul berkenaan mendakwa Trump telah menyemai benih ketaksuban dan perkauman dalam pentadbirannya.
Al Green turut mendakwa Trump telah melakukan banyak kesalahan besar dan tidak layak untuk terus menjadi presiden negara Uncle Sam itu.
Bagaimanapun resolusi berkenaan ditolak dengan majoriti besar tanpa diperbahaskan.
Ketua Minoriti Nancy Pelosi dan Ketua Whip Minoriti Steny Hoyer memaklumkan kepada dewan ini bukan masa sesuai untuk menyingkirkan presiden.
sumber: astroawani
0 comments:
Post a Comment