Tertuduh, Zurina Ahmad Jundin, 34, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mohd. Azlan Shah Mohd. Allias.
Mengikut kertas pertuduhan, Zurin didakwa memperdaya Erhana Nur Asyatiqah Saidon dalam penawaran pakej perkahwinan oleh syarikatnya supaya menyerahkan wang pendahuluan sebanyak RM5,000 melalui sebuah akaun bank.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di alamat nombor 3, Jalan Jasa 7, Taman Mutiara Rini, Skudai di sini pada bulan Mac 2017.
Pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, sebat dan denda jika disabitkan kesalahan.
Kes itu dikendalikan Muhammad Mohd. Nasir manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah menetapkan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan 10 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Tertuduh sebelum ini didakwa di Mahkamah Majistret Klang, Selangor pada 19 Oktober lalu dan Mahkamah Majistret di sini pada 20 November lalu atas dakwaan memperdaya pelanggannya. - UTUSAN ONLINE
sumber: utusan
0 comments:
Post a Comment