Miri henti guna polistirena
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/terina67_cropped.transformed.jpg)
MIRI: Berkuat kuasa tahun depan, Majlis Bandaraya Miri (MBM) mengarahkan peniaga makanan dan restoran di utara Sarawak menghentikan penggunaan bungkusan makanan polistirena.
Datuk Bandar MBM, Adam Yii, berkata penggunaan bungkusan itu memudaratkan alam sekitar dan perlu dihentikan walaupun pembungkusan berkenaan popular dalam kalangan peniaga.
Katanya, tiada sebab bagi peniaga enggan mematuhi arahan terbabit kerana larangan berkenaan sudah dikeluarkan sejak Jun lalu.
"Apa sahaja alasan bagi pengusaha makanan dan restoran yang berkeras mahu menggunakan pembungkusan itu tidak sepatutnya berlaku.Â
"Saya mahu penggunaan bungkusan makanan itu dihentikan 1 Januari tahun depan," katanya di pejabatnya, di sini hari ini.
Yii berkata, faktor utama larangan pembungkusan polistirena dilaksanakan ialah ia sukar dilupuskan.
"MBM mahu mendidik masyarakat di utara negeri ini agar membawa sendiri beg kertas yang mesra alam ketika membeli barang di kedai atau di pasar raya," katanya.
Beliau berkata, bagaimanapun masih ramai penduduk di kawasan berkenaan yang sedar kesan negatif penggunaan plastik dan polistirena, namun kepekaaan untuk menggunakan beg kertas masih rendah.
"Kita tidak mempunyai jalan lain selain memastikan masyarakat di Miri terutamanya mula membawa beg kertas sendiri sampai sikap berkenaan menjadi kebiasaan dalam kehidupan seharian," katanya.
sumber: bharian
0 comments:
Post a Comment