Pekebun kecil sawit wajib ada MSPO menjelang 2020
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/MAH_SIEW_KEONG_BERI_BANTUAN_KERUSI_RODA_47856759_cropped.transformed.jpg)
TELUK INTAN: Lebih 650,000 pekebun kecil sawit di seluruh negara diwajibkan memiliki Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) menjelang tahun 2020 bagi membolehkan hasil komoditi mereka dieksport ke Jepun. Â
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong, berkata ia kerana negara matahari terbit itu sudah menetapkan syarat hanya akan membeli komoditi sawit yang memiliki MSPO.Â
Beliau yang baru pulang dari lawatan ke Jepun selama tiga hari dan kembali ke tanah air semalam, berkata kementerian itu sudah mengadakan perbincangan dengan syarikat Kao Corporation, antara pembeli minyak sawit terbesar di Jepun, yang membuat keputusan hanya akan mengimport komoditi itu yang memiliki MSPO.Â
"Jepun membuat keputusan itu setelah melihat Amerika Syarikat membeli minyak sawit daripada pengeluar yang tidak memusnahkan hutan dan alam sekitar.
"Kerajaan Malaysia menyokong keputusan Jepun bagi memastikan minyak sawit Malaysia mendapat pasaran di luar negara, terutama dari pengilang di negara berkenaan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan dana dan kerusi emas kepada penduduk memerlukan di Kampung Sungai Samak, dekat sini hari ini.Â
Siew Keong yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan, berkata kerajaan bersetuju memperuntukkan RM120 juta bagi melaksanakan program pensijilan MSPO secara berkelompok kepada pekebun kecil sawit.Â
Beliau berkata, bagi ladang sawit dengan keluasan di bawah 1,000 hektar pula, kerajaan akan menanggung kos pensijilan sebanyak 70 peratus.
Bagi ladang besar berkeluasan lebih 1,000 hektar, kerajaan akan menampung kos pensijilan sebanyak 30 peratus.
Siew Keong berkata, walaupun harga eksport komoditi menghadapi cabaran tetapi pencapaian sangat memberangsangkan bagi tempoh 10 bulan pertama tahun ini apabila jumlah keseluruhan eksport komoditi mencecah RM122 billion iaitu peningkatan 17 peratus berbanding RM117 bilion bagi tempoh sama tahun lalu.
"Saya yakin eksport komoditi bagi keseluruhan tahun ini mampu meningkat kepada RM130 billion dan kekal sebagai penyumbang terbesar eksport bersih negara bagi tahun akan datang," katanya.
sumber: bharian
0 comments:
Post a Comment