Obama dedah perasaan bila lepaskan jawatan Presiden

Wednesday, December 27, 2017

Obama dedah perasaan bila lepaskan jawatan Presiden

Obama dedah perasaan bila lepaskan jawatan Presiden

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Apa yang saya rasa adalah bercampur aduk, macam ada lagi perkara yang belum diselesaikan, kata bekas Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama semasa melepaskan jawatannya awal tahun ini.

Menurutnya, walaupun rasa bimbang tetapi terselit ketenangan apabila tamat tempoh jawatannya itu.

"Saya bimbang bagaimana negara akan bergerak ke hadapan tetapi turut rasa tenang. Sambil itu, saya percaya pencapaian saya semasa menjadi presiden memberikan manfaat pada rakyat," katanya dalam program BBC radio 4 Today bersama Putera Harry.

Antara pencapaian terbesar Obama adalah Obamacarw yang memastikan lebih ramai orang mendapat manfaat penjagaan kesihatan asas.

Sementara itu, beliau turut memberi amaran pada pengguna yang sering menyalahgunakan media sosial.

Katanya, tindakan tidak bertanggungjawab itu seperti menyebarkan maklumat yang salah menyebabkan pemahaman orang ramai terhadap sesuatu infomasi  terpesong amatlah membahayakan.

"Salah satu bahaya internet adalah orang ramai mempunyai pemahaman yang berbeza mengenai sesuatu isu yang disebarkan.

"Jika dibiarkan, mereka mungkin akan hidup dengan kepercayaan mereka mengenai sesuatu isu seterusnya membuatkan pendapat mereka berat sebelah.

"Persoalannya kini, macam mana kita nak memanfaatkan teknologi yang membolehkan kepelbagaian pandangan tetapi tidak membawa kepada balkanisasi masyarakat seterusnya membuatkan orang ramai berfikiran sama," katanya.

Bagaimanapun, pengganti Obama, iaitu Donald Trump kelihatan sering menggunakan media sosial dalam memberikan kenyataan rasmi mengenai sesuatu isu.

Walaupun Obama dengan jelas tidak menyebut nama namun beliau mencadangkan agar pertemuan bersemuka lebih baik untuk mengelakkan salah faham.

"Tidak dinafikan media sosial amat penting masa kini untuk merapatkan hubungan dan mengenali antara satu sama lain.

"Namun, adalah lebih penting bagi individu untuk berjumpa dengan orang melalui cara tradisional seperti ke pasar atau di kawasan kejiranan untuk saling mengenali antara satu sama lain.

"Kerana, di internet kelihatan segalanya begitu mudah tetapi apabila berjumpa secara berdepan ternyata ia agak rumit," katanya lagi.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment