Najib kongsi kepentingan ADAM 50

Friday, December 29, 2017

Najib kongsi kepentingan ADAM 50

Najib kongsi kepentingan ADAM 50

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkongsi kepentingan Skim Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50) menerusi laman Facebooknya.

Perdana Menteri memuat naik video klip pendek tempoh hampir enam minit yang memaparkan penerangan mengenai ADAM50 oleh Pengerusi Permodalan Nasional Berhad, Tan Sri Abdul Wahid Omar.

Beliau turut memetik kata-kata Wahid, iaitu "RM200 itu sebagai permulaan saja. Kita harapkan dari semasa ke semasa mereka akan 'top up' (tambah) dan juga RM200 ini tidak boleh dikeluarkan sehingga mereka berumur 18 tahun".

ADAM50 ialah kaedah untuk mewujudkan budaya melabur dalam kalangan rakyak.

ADAM 50 untuk memastikan rakyat mempunyai tabiat melabur seperti unit amanah untuk jaminan masa depan mereka.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment