Nafi hutan akan ditarah

Wednesday, December 6, 2017

Nafi hutan akan ditarah

Nafi hutan akan ditarah

SEREMBAN: Jabatan Perhutanan negeri menafikan akan berlaku kerja pembalakan hutan di Bukit Baginda yang terletak di Serting, Kuala Pilah.

Perkara itu viral di laman sosial Facebook, apabila seorang pengguna mendakwa hutan berkeluasan 380 hektar itu akan musnah berikutan kerja pembalakan yang bakal dijalankan.

Pengarah Perhutanan negeri, Salim Aman, berkata siasatan pihaknya mendapati tiada sebarang kelulusan atau kerja pembalakan akan dijalankan di kawasan itu.

"Dakwaan itu hanya tohmahan dan Jabatan Perhutanan akan membuat laporan polis berkenaan isu itu segera," katanya di sini, hari ini.

Selain itu Salim berkata, pihaknya sudah memaklumkan perkara itu kepada pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh, Datuk Mohammad Razi Kail untuk tindakan selanjutnya.

Dalam viral itu, pengguna terbabit turut mendakwa pembalakan itu nanti, akan menyebabkan haiwan dan tumbuhan berkhasiat di hutan itu musnah.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment