Bukan saja selebriti sendiri yang terkena hinaan dan juga cacian masyarakat, pengguna laman sosial yang kurang adab juga dalam masa yang sama seringkali membezakan anak-anak selebriti yang ada.

BACA: Nad Zainal Yakin Suami Tak Songlap Duit


“Pengguna alam maya seharusnya bijak dan tidak menjadikan media sosial sebagai laman untuk mengutuk anak-anak artis. Kita kena tahu yang setiap kanak-kanak mempunyai tumbesaran berbeza dan tidak sepatutnya netizen menghina anak tersebut”

“Mungkin ada bayi yang lambat sedikit atau boleh jadi terlalu aktif, cara mereka membesar berbeza dan tak semuanya sama,” jelasnya kepada mStar Online.

Tambah Nad, dia tidak membaca komen-komen yang ditinggalkan di laman Instagram miliknya kerana risau perkara berkenaan akan menganggu dan juga membuatkannya terasa hati.


Bergelar selebriti, itulah apa yang perlu dihadapi Nad setiap hari. Penyelesaian termudah sebenarnya jangan dilayan langsung kritikan kurang membina dan menyakitkan hati. (rtky/s)