MRA serah bantuan mangsa banjir di Tumpat

Sunday, December 3, 2017

MRA serah bantuan mangsa banjir di Tumpat

MRA serah bantuan mangsa banjir di Tumpat


BARANGAN bantuan sumbangan orang ramai disusun sebelum dimuatkan ke bot untuk agihan kepada mereka yang memerlukan. - Foto MRA

KUALA LUMPUR: Malaysia Relief Agency (MRA) menyampaikan bantuan kepada 1,500 mangsa banjir di 420 buah rumah di Kampung Kajang Sebidang, Tumpat, Kelantan yang terputus hubungan akibat paras air banjir yang masih belum surut.

Presiden MRA, Dr Mohd Daud Sulaiman, berkata misi bantuan yang dilakukan semalam itu diketuai Pengerusi MRA Kelantan, Datuk Dr Rosemi Salleh bersama tujuh sukarelawan.

"Mereka menyerahkan bantuan berbentuk bekalan air mineral, selimut, tuala wanita, lampin bayi dan pek kelangsungan hidup.

"Dr Rosemi yang juga pakar perunding perubatan kanan di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu turut memberikan motivasi dan semangat kepada sukarelawan muda.

"Sukarelawan muda ini diberikan semangat untuk terus tampil memberikan bantuan kepada mangsa banjir walaupun hujan masih berterusan di beberapa lokasi bantuan," katanya dalam kenyataan, hari ini.


DR Rosemi Salleh (kiri) menyampaikan bantuan kepada penduduk yang terkesan akibat banjir di Tumpat. - Foto MRA

Dr Mohd Daud berkata, pihak yang ingin menghulurkan bantuan boleh berterusan untuk berbuat demikian.

"Rakyat Malaysia atau pertubuhan kebajikan prihatin yang ingin menghulurkan bantuan kepada Tabung Bencana Banjir MRA 2017 yang diwujudkan sejak Oktober lalu boleh berbuat demikian menerusi akaun Public Bank Berhad 398891608 atas nama Yayasan MRA.

"Sila layari laman sesawang rasmi MRA di www.mra.my atau hubungi Sekretariat MRA di 03-91744672 untuk maklumat lanjut," katanya.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment