Banyak kenangan masih bersama arwah tok guru

Sunday, December 3, 2017

Banyak kenangan masih bersama arwah tok guru

Banyak kenangan masih bersama arwah tok guru

SHAH ALAM - Naib Presiden Amanah, Datuk Husam Musa meluangkan masa menziarahi Pondok Tok Guru Haji Abdullah Lubuk Tapah, semalam, sempena majlis sambutan Maulidul Rasul.

“Banyak kenangan manis bersama Allahyarham Tok Guru, ayah kedua saya selepas kematian ayah kandung.

“Tok Guru pernah menerima DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sebagai tetamu yang sangat ia sanjungi untuk mentadbir negara,” katanya.

Menurutnya, beliau mengiringi Anwar ketika itu selepas dibebaskan dari tahanan.

Kata Adun Salor itu lagi, Tok Guru sangat gembira ketika Anwar dapat berkunjung ke Pondoknya ketika itu.

Sebelum ke Pondok Lubuk Tapah, Husam berkesempatan menyertai aktiviti menyampaikan sumbangan musim banjir di Kampung Jal Kecil, Wakaf Baru, Kelantan.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment