Mangsa banjir Terengganu makin kurang
KUALA TERENGGANU: Banjir di Terengganu beransur pulih apabila hanya dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka, yang menempatkan seramai 659 mangsa daripada 159 keluarga di Marang dan Setiu sehingga malam ini.
Daripada jumlah itu, daerah Kuala Nerus masih mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 637 orang daripada 159 keluarga di satu PPS, manakala 22 mangsa dari lapan keluarga di Marang, juga di satu PPS, sehingga jam 7 malam ini.
Jumlah itu menurun berbanding 739 mangsa daripada 183 keluarga di lima PPS seluruh negeri, pagi tadi.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Terengganu, Left Kol Che Adam A Rahman, berkata cuaca baik dan tiada hujan hari ini menyebabkan banyak kawasan yang dilanda banjir mula surut, sekali gus membolehkan mangsa pulang ke rumah masing-masing.
Beliau berkata, satu PPS di Setiu yang sebelum ini menempatkan 32 mangsa daripada tujuh keluarga ditutup sepenuhnya jam 9 pagi tadi.
Sementara itu, laman sesawang publicinfobanjir.water.gov.my menunjukkan semua sungai utama di lapan daerah di negeri ini merekodkan bacaan paras normal.
sumber: bharian
0 comments:
Post a Comment