CEO elak cukai bunuh diri

Monday, December 4, 2017

CEO elak cukai bunuh diri

CEO elak cukai bunuh diri

NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ditemui mati dengan kesan tembakan, dipercayai membunuh diri.

Menurut laporan New York Post, pengasas rangkaian pengedar daging untuk makanan segera Golden Krust Bakery & Grill, Lowell Hawthorne, 57, mengaku berhutang cukai dengan kerajaan kepada ahli keluarganya sebelum kematiannya.

Kata ahli keluarga Hawthorne, mangsa bersikap 'pelik' dan 'bercakap dengan diri sendiri' pada saat-saat terakhir sebelum beliau ditemui mati Sabtu lalu.

Polis menemui mayat Hawthorne dengan kesan tembakan di kepala di dalam pejabatnya di gudang syarikat di Bronx.

Sebelum kejadian, mangsa dirakam berbincang dengan dua pekerja.

Selepas dua pekerja berkenaan berlalu pergi, Hawthorne dirakam menggunakan telefon dan dipercayai menelefon talian 911 sebelum membunuh diri.

Hawthorne sebelum ini pernah disaman selepas didakwa menipu beratus-ratus pekerja berkenaan bayaran bekerja lebih masa.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment