Lelaki disyaki pengedar dadah ditahan di rumah sewa
BUKIT MERTAJAM - Polis menahan seorang lelaki disyaki pengedar dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Sri Janggus, di sini dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai hampir RM70,000 semalam.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata lelaki berusia 21 tahun itu ditahan dalam serbuan polis di rumah sewanya kira-kira pukul 4 petang semalam.
"Hasil pemeriksaan dalam rumah itu, polis merampas heroin seberat 1,122.32 gram dan syabu (15.9 gram) serta pelbagai peralatan untuk membungkus dadah antaranya alat penimbang dan mesin Ă¢sealerĂ¢.
"Berdasarkan siasatan lelaki itu menjadikan rumah yang disewanya sejak empat bulan lepas sebagai tempat untuk membungkus semula dadah yang diperoleh daripada sindiket pengedaran dadah sebelum menjual kepada pelanggannya," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata lelaki yang positif dadah itu turut mempunyai rekod jenayah dan dia kini direman lima hari untuk siasatan. - Bernama
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment