Kilang pemprosesan Kenaf bakal beroperasi

Sunday, December 17, 2017

Kilang pemprosesan Kenaf bakal beroperasi

Kilang pemprosesan Kenaf bakal beroperasi

KILANG pemprosesan berskala besar milik Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) dijangka beroperasi selewat-lewatnya penghujung tahun depan.

Pengerusinya, Datuk Mohd Adhan Kechik berkata, kilang bernilai RM25 juta itu yang dibina di Setiu, Terengganu itu kini diperingkat akhir pembinaan.

"Bangunan kilang berkenaan kini hampir siap. Kita sasarkan antara lapan hingga 12 bulan dari tempoh bangunan berkenaan siap untuk melengkapkan segala kemudahan dan peralatan di kilang berkenaan.

"Mesin dan kelengkapan diperlukan perlu diimport dari Perancis. Kilang ini akan mengeluarkan produk separug siap untuk keperluan industri, " katanya kepada media kepada hadir pada program Bicara Kenaf di sini, hari ini.

Mohd Adhan berkata, bagaimanapun aktiviti pemprosesan tidak terganggu kerana terdapat tiga kilang pemprosesan di Sungai Petani, Kedah, Tok Bali, Kelantan dan Tebu Hitam, Pahang.

Menurutnya, sehingga kini terdapat kira- kira 2,500 hektar tanaman kenaf di seluruh negara dab pihaknya menyasarkan 10,000 hektar tanaman dapat diusahakan pada 2020.

Dalam pada itu, mengulas mengulas mengenai program Bicara Kenaf, Mohd Adhan berkata, ia bertujuan memperkenalkan tanaman berkenaan kepada orang ramai agar mereka lebih memahami tentang tanaman berkenaan seterusnya berminat untuk mengusahakannya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment