Kementerian Pendidikan sokong cadangan NUTP
KUALA NERANG - Kementerian Pendidikan menyambut baik cadangan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Makaysia (NUTP) supaya memperkenalkan Kod Etika Ibu Bapa/Penjaga bagi mempetahankan sebarang tindakan yang diambil oleh guru.
Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pihaknya sentiasa menyokong sebarang pandangan untuk penambahbaikan pemuafakatan antara guru dan ibu bapa di sekolah.
"Dalam pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 , salah satu yang menjadi sasaran kita adalah bagaimana dapat dipertingkatkan dan semua itu ada dalam sarana ibu bapa.
"Sebenarnya sebelum ini pun sarana ibu bapa sudah pun wujud dengan menitik beratkan pemuafakatan di sekolah," katanya semasa merasmikan program Lestari Modal Insan Koperasi 2017 di sini.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment