Keluarga mangsa bunuh mohon maaf

Wednesday, December 20, 2017

Keluarga mangsa bunuh mohon maaf

Keluarga mangsa bunuh mohon maaf

KOTA BHARU - Keluarga mangsa pembunuhan kejam di Wakaf Mek Zainab di sini, membuat permohonan maaf selepas tersilap menyebarkan gambar suspek yang terlibat dalam kes pembunuhan terbabit.

Adik mangsa, Kha Leng Siew, 33,  berkata, permohonan maaf itu dibuat memandangkan ketika dia menyebarkan gambar yang didakwa sebagai suspek, dia masih dalam keadaan trauma dan muka penjenayah sebenar sama dengan wajah lelaki yang disebarkan dalam Facebook.

"Ketika itu saya kebingungan selepas melihat kejadian itu berlaku dan dalam fikiran saya terlintas muka suspek.

"Tujuan saya sebarkan wajah yang disangka suspek itu dalam laman sosial ekoran tertekan dan masih sedih dengan kejadian itu dan mengharapkan suspek dapat ditahan," katanya.

Leng Siew berkata, sebaran gambar itu telah tular dan dikongsi di laman sosial pada mulanya tanpa pengesahan polis.

"Selepas beberapa minit kemudian, saya padamkan semula gambar yang tular itu, setelah mengetahui gambar itu bukan gambar suspek sebenar.

"Oleh kerana itu, pada hari ini selepas mendapat panggilan dari keluarga lelaki yang dituduh sebagai suspek, akhirnya saya mengambil keputusan untuk membuat permohonan maaf secara terbuka, 'katanya.

Sementara itu, kakak kepada mangsa Khong Krasin Eh Chong, 30, yang dituduh sebagai suspek, Thasni Eh Chong, 36,  berkata, pada mulanya dia terkjeut apabila gambar adiknya disebarkan dan dituduh sebagai suspek kes bubunuh pada 15 November lalu.

"Saya dan keluarga turut merasa malu dengan penyebaran gambar itu.

"Ekoran itu saya terus buat laporan polis dan selepas itu cuba cari keluarga mangsa bunuh yang kebetulan ada pertalian keluarga dengan kami.  

"Mereka akhirnya mengaku kesilapan menyebarkan gambar suspek yang sebelum mendapat pengesahan polis," katanya.

Akhirnya atas persetujuan dua belah pihak dan tidak mahu memanjangkan kes, kami sepakat untuk membuat sidang media dan membuat permohonan maaf secara terbuka.

"Kami harap dengan permohonan maaf ini akan menjernihkan semula keadaan dan nama adik saya yang dituduh sebagai suspek dapat dibersihkan dan suspek sebenar perlu dibawa kemuka pengadilan untuk menerima hukuman setimpal atas perlakuannya, " katanya.

Dalam kes terbabit pada 15 November lalu, tiga beranak mati dibunuh, dipercayai kerana dendam di Taman Bahagia, Jalan Wakaf Mek Zainab di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 2. 30 petang itu, seorang lelaki, Kha Ng Ni, 42, ditemui di bahagian luar pintu utama dalam keadaan mayatnya tertiarap dengan kesan tiga tikaman di dada.

Dua lagi mangsa ditemui di ruang dapur iaitu Chu Joo Siok, 37, yang merupakan isteri Ng Ni dalam keadaan terduduk, manakala seorang lagi Kha Zee Hanz, 13, ditemui di kawasan tengah rumah dengan kecederaan di belakang leher, dipercayai dihentak dengan senjata tumpul.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Din Ahmad berkata, hasil siasatan dijalankan pihaknya, beliau tidak menolak kemungkinan kes terbabit bermotifkan dendam ekoran suspek merupakan pekerja mangsa yang menjalankan perniagaan membekal barangan perkakasan rumah.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment