Kedai kopi henti jual rokok, arak
SHAH ALAM - Akibat dikenakan syarat-syarat yang ketat, ramai pengusaha kedai kopi dikatakan sudah tidak menjual rokok dan minuman keras di premis mereka.
Menurut Pengerusi Persatuan Saudagar Kopi, Arak, Restoran dan Hotel Negeri Sembilan, Lau Yong King, kira-kira 20 peratus pengusaha kedai kopi di seluruh Negeri Sembilan telah mengambil keputusan untuk tidak lagi menjual rokok dan minuman keras selepas pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dikuatkuasakan.
"Ramai pengusaha kedai kopi di negeri ini hanya tumpukan perhatian untuk menjual kopi dan makanan sahaja," katanya ketika memberitahu Nanyang Siang Pau.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas peraturan baharu terhadap pengusaha kedai kopi yang mewajibkan minuman beralkohol yang dijual dipamerkan di kabinet atau rak perlu diasingkan daripada kabinet atau rak makanan lain.
Peraturan tersebut mulai berkuat kuasa 1 Disember lalu. Selain itu, pengusaha juga perlu meletakkan label âMeminum Arak Boleh Membahayakan Kesihatanâ pada semua produk minuman beralkohol.
Peraturan baharu turut mewajibkan semua penjualan minuman beralkohol dilarang kepada mereka yang berumur di bawah 21 tahun berbanding 18 tahun sebelum ini.
Menurut Yong King, persatuannya telah memaklumkan mengenai peraturan baharu ini kepada ahli-ahlinya dan mengingatkan mereka agar mematuhi segala peraturan yang ditetapkan kerajaan itu.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment