Alami Cedera Serius, Farid Kamil Bakal Saman Produksi?
Mungkin nampak mudah menjadi pelakon namun dalam masa yang sama, mereka juga berhadapan perkara berbahaya ketika berlakon. Baru-baru ini, Farid Kamil ditimpa kecederaan serius hingga mengganggunya berjalan.
BACA: Rumah Tangga Diana Danielle, Farid Kamil Goyah?
“Kaki saya sakit, lebam-lebam seperti kena gigitan. Malah, hampir tidak boleh berjalan akibat terkena hujan dipercayai kotor dan mengandungi toksik”
Saya juga tidak boleh memakai seluar dan tidak boleh tidur malam selama beberapa hari kerana menahan sakit selepas kejadian itu minggu lalu. Nelydia pula mendapat gatal-gatal di separuh bahagian badannya,” jelasnya kepada Harian Mtero.
Sehubungan dengan kejadian tersebut, Farid diberikan cuti sakit selama 10 hari dan kembali melunaskan baki penggambaran. Bagaimanapun, dia turut merancang untuk mengambil tindakan terhadap pihak produksi.
“Isu ini membabitkan soal hidup dan mati golongan artis seperti kami. Saya merancang mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terbabit nanti. Jika saya tidak mengambil tindakan tegas kecuaian ini boleh menimpa pelakon lain pula nanti,” ujarnya. (rtky/s)
sumber: rotikaya
0 comments:
Post a Comment