Kuala Lumpur: Keadaan cuaca yang tidak menentu, memberi kesan kepada harga bahan basah seperti ikan dan sayur-sayuran.
Tinjauan Harian Metro di beberapa pasar besar sekitar ibu kota semalam mendapati harga ikan dan sayur-sayuran naik RM2 daripada harga biasa.
Peniaga ikan yang dikenali sebagai Leong, 45, berkata, hasil tangkapan yang sedikit menjadi punca kenaikan harga ikan.
âCuaca yang tidak menentu dan banjir yang berlaku di sesetengah kawasan menjadikan hasil tangkapan menjadi sedikit berbanding sebelumnya.
âJika hasil tangkapan banyak, harga turun, jika tidak ia jadi sebaliknya,â katanya ketika ditemui di Pasar Taman Tun Dr Ismail di sini, semalam.
Seorang lagi peniaga ikan, Faisal Amri, 40, berkata harga ikan di kawasan perniagaannya masih lagi berada pada tahap terkawal.
âTidak dinafikan terdapat ikan yang naik harganya, tetapi tidak banyak.
âAda ikan dijual RM8 sekilo tetapi kini dijual dengan harga RM10 sekilo,âkatanya.
Peniaga sayur yang ingin dikenali sebagai Hafiz, 34, berkata, harga sayur-sayuran berbeza setiap hari.
âHarga bagi sayur-sayuran berbeza ikut musim, dan juga mangikut cuaca,â katanya.
Berita berkaitan:
⢠Dengus banjir
sumber: hmetro
0 comments:
Post a Comment