Fosil berusia 600 juta tahun akan dipamerkan di Melaka

Thursday, December 28, 2017

Fosil berusia 600 juta tahun akan dipamerkan di Melaka

Fosil berusia 600 juta tahun akan dipamerkan di Melaka

BANDARAYA MELAKA - Buat julung kalinya ‘Pameran Dunia Yang Hilang’ akan menampilkan artifak bersejarah berusia lebih 600 juta tahun diadakan di taman tema air, Melaka Wonderland Theme Park pada 16 hingga 25 Mac depan.

Menariknya, pengunjung boleh melihat koleksi tulang dinasour, tulang ikan, daun berusia ratusan tahun, gigi gajah termasuk meteor seberat tiga tan berusia 150 juta tahun yang turun di Kota Thaif Makkah.

Pameran itu nanti turut membawa penampilan istimewa Angkawasan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie yang juga selaku duta bagi program tersebut.

Pengarah Urusan KBZ Ventures, Siti Nor Khadijah Sheikh Hassan berkata, penganjuran bersama taman tema air itu dengan Persada Etika Melaka akan menjadi satu lagi produk pendidikan pelancongan yang berguna kepada orang ramai.

“Pameran itu nanti berperanan sebagai pusat sehenti kepada pengunjung untuk mendapatkan maklumat asas mengenai fosil dan artifak berusia ratusan tahun yang mana membuka dimensi baharu kepada peminat dan pelajar kerana dapat berkongsi ilmu dalam dunia penyelidikan geologi serta paleontologi.

“Kita akan membawakan lebih 70 fosil dan meteor tulen yang diperoleh dari serata dunia termasuk Amerika, Australia, India dan Arab Saudi sama ada milik persendirian atau disewa dari galeri artifak di seluruh dunia demi menjayakannya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas sidang media di Melaka Wonderland Theme Park, Ayer Keroh di sini, hari ini.

Sidang media di Melaka Wonderland Theme Park, Ayer Keroh di sini, hari ini yang turut dihadiri Duta Pameran Dunia Yang Hilang, Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie.

Hadir sama, Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie, Ketua Pegawai Eksekutif Melaka Wonderland Theme Park, Seow Cheng Swee dan Ketua Program Geologi, Pusat Pengajian Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Habibah Jamil.

Beliau mengharapkan penganjuran kali ini meningkatkan lagi imej taman tema air terbesar di negeri ini dengan menjadi hab hiburan dan rekreasi yang bermanfaat untuk semua lapisan pengunjung.

“Seramai 30,000 pengunjung disasarkan untuk pameran itu yang akan memberi pendedahan kepada pelajar dan masyarakat mengenai sejarah pembentukan bumi. Jadi jangan lepaskan peluang ini.

“Pengunjung boleh menghabiskan masa sehari bermula pada jam 9 pagi hingga 7 malam di situ untuk menikmati pelbagai tarikan dan aktiviti yang disediakan.

"Tiket masuk bernilai RM55 seorang adalah termasuk pameran dan juga taman tema,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment