China lancar kapal kargo berkuasa elektrik

Monday, December 4, 2017

China lancar kapal kargo berkuasa elektrik

China lancar kapal kargo berkuasa elektrik

BEIJING - CHINA. CHina telah melancarkan kapal kargo berkuasa elektrik sepanjang 230 kaki yang dilengkapi dengan bateri lithium-ion 2,400 kWh.

Menurut laporan Clean Technica, bateri tersebut mampu menaja kuasa untuk penghantaran kargo seberat 2,200 tan sejauh 80 kilometer dengan kelajuan 12 kilometer perjam dengan sekali cas.

Bateri berkenaan pula mengambil masa 2 jam untuk dicas dan kebetulan sama dengan masa yang diperlukan sebuah kapal kargo untuk memindahkan kargonya setibanya di destinasi.

"Disebabkan ianya berkuasa elektrik sepenuhnya, ia tidak mendatangkan sebarang ancaman kepada alam sekitar. Teknologi ini mungkin akan digunakan untuk kapal perlancongan atau kapal kejuruteraan pada masa akan datang," kata Pengerusi dan Pengurus Am Hangzhou Modern Ship Design & Research Co.

Kapal yang direka syarikat tersebut membawa muatan 1,000 bateri dan dibina di Limbungan Kapal Guangzhou di Guangdong.

Kapal tersebut mempunyai dua kebaikan utama dimana ia tidak melepaskan sebarang gas karbon ketika beroperasi.

Kapal kargo selalunya disifatkan sebagai antara penyumbang utama kepada pencemaran udara di bahagian pengangkutan.

Kedua, kapal kargo elektrik sudah tentuk akan merendahkan lagi kos penghantaran kargo.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment