Banjir dijangka berlaku dua, tiga hari lagi

Sunday, December 3, 2017

Banjir dijangka berlaku dua, tiga hari lagi

Banjir dijangka berlaku dua, tiga hari lagi

KOTA BHARU - Banjir gelombang kedua dijangka akan berlaku dalam tempoh masa dua hingga tiga hari lagi (iaitu  bermula 15 Rabiulawal bulan Islam) mengikut ramalan kepakaran dan peralatan yang berteknologi dan berkait dengan fenomena bulan purnama.

Exco Kerjaraya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat Kelantan, Datuk Hanifa Ahmad, berkata, apabila berlaku bulan purnama, air akan pasang dan memohon seluruh umat Islam berdoa supaya hujan tidak lebat pada musim ini.

“Jangkaan berlaku banjir pada 15 Rabiulawal bagi bulan Islam iaitu hari ini sudah 14 Rabiulawal, jadi dalam esok atau lusa, dijangkakan hujan lebat dan akan berlaku banjir di kawasan tepi sungai.

“Kita sama-sama berdoa supaya tak hujan dan tak berlaku banjir, kita mohon ALLAH SWT memberikan rahmat kepada negeri Kelantan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan  Majlis Penutupan Karnival Sains dan Teknologi Kelantan di Pusat Transformasi Bandar (UTC), di sini, hari ini.

Turut hadir, Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia Dan Sukan Kerajaan Kelantan, Datuk Abdul Fattah Mahmood dan Pengerusi Jawatankuasa Bencana dan Bantuan Banjir Negeri, Datuk Mohd Fauzi Che Mamat.

Hanifa berkata, menerusi taklimat Jabatan Meterologi baru-baru ini, jabatan tersebut diakui mempunyai kecanggihan alat untuk melakukan ramalan kaji cuaca, namun semua itu tidak boleh mengatasi kekuasaan Allah.

“Contohnya hari ini, dijangka hujan, tetapi kita bangun pagi tadi, matahati memancar dan berharap cuaca ini berpanjangan.

“Kita perlu ingat, itu hanyalah ramalan manusia, sedangkan bumi, hujan, langit dan air adalah hal milik Allah, tetapi ramalan kaji cuaca penting kerana ia membolehkan kita bersedia semasa musim banjir,” katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai terutama yang tinggal di kawasan sungai supaya sentiasa bersiap sedia dan berpindah segera bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

Dalam perkembangan sama, bagi bantuan banjir, beliau memaklumkan, di seluruh jajahan, bantuan sampai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), badan swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) dan pelbagai pihak lain.

“Bantuan ini diagihkan kepada mangsa banjir di kawasan yang terlibat dengan banjir iaitu Pasir Mas, Pasir Puteh, Kuala Krai, Kota Bharu dan Machang.

“Kerajaan negeri menerusi kerjasama JKM sudah bersedia dengan adanya tempat penyimpanan bekalan makanan dan keperluan lain atau dipanggill ‘powerbase’ bagi usaha bantuan di semua jajahan atau di kawasan yang ditentukan ketua jajahan masing-masing,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment