Banjir: 4,552 keluarga dilaporkan enggan pindah

Sunday, December 3, 2017

Banjir: 4,552 keluarga dilaporkan enggan pindah

Banjir: 4,552 keluarga dilaporkan enggan pindah

TUMPAT - Ketika portal e-banjir Kelantan mencatatkan mangsa banjir di Tumpat  dipindahkan seramai 3,738 orang dari 1,331 keluarga namun masih ada 4,552 keluarga enggan pindah berikutan kampung di pinggir sungai Golok dilanda banjir sejak lima hari lalu.

Kediaman mereka di kampung Simpangan, kampung Kajang Sebidang, Jejulok, Teluk Jering dan sekitarnya digenangi air sedalam dua meter, terputus hubungan tetapi penduduk di sini sudah biasa dengan keadaan itu.

Penduduk, Harun Omar, 52, dari kampung Bendang Pak Yong berkata, banjir ini berlaku saban tahun sehingga penduduk di sini sudah biasa dengan situasi tersebut.

"Saya tak pernah pindah, sebab rumah tinggi, walaupun halaman rumah sedalam hampir dua meter tetapi air tak masuk dalam rumah.

"Jalan ke kampung ini juga terputus hubungan tapi kami ada bot untuk berulang-alik membeli makanan.

"Banjir seperti ini berlaku saban tahun, dah 10 kali rasa banjir macam ini," katanya.

Sementara itu, Adun Pengkalan Kubor, Mat Razi Mat Ail berkata, kampung- kampung  di Dun Pengkalan Kubor antara kawasan yang berisiko tinggi dilanda banjir saban tahun kerana terletak di pinggir sungai Golok.

Namun katanya, tidak semua penduduk di kawasan ini berpindah walau pun mereka terkepung air banjir  bagaikan lautan akibat limpahan air sungai Golok.

Katanya, alasan yang diberikan kerana mereka lebih selesa tinggal di rumah sendiri berbanding di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) juga ada yang khuatir harta benda dicuri jika tinggalkan rumah.

"Menjadi kewajipan saya sebagai wakil rakyat di sini untuk salurkan bantuan makanan dari rumah ke rumah.

" Sejak air naik Selasa lalu, kami di Pejabat Adun Pengkalan Kubor telah siap sedia dengan bekalan makanan untuk diagihkan dari rumah ke rumah menaiki bot," katanya.

Menurutnya, lebih RM100,000 bantuan makanan  seperti beras, gula, sardin disalurkan berperingkat ke lebih 10 kampung yang terjejas banjir untuk mangsa banjir yang enggan berpindah ini.

Sementara itu, paras air sungai Golok masih lagi melepasi paras bahaya dengan bacaan 10.20 meter bagaimana pun menunjukkan penurunan berbanding malam tadi dengan bacaan 10.41 meter.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment