Tuduhan peribadi kadangkala ada asas

Monday, November 20, 2017

Tuduhan peribadi kadangkala ada asas



HAMPIR 90 peratus surat layang diterima Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang bersifat tuduhan peribadi.

Timbalan Pengarah Operasi SPRM Pahang Ab Munien Ibrahim berkata, pihaknya juga mendapati jumlah surat layang diterima akan meningkat ketika musim kenaikan pangkat.

"Ini kerana mungkin ada kakitangan jabatan atau agensi kerajaan yang tidak berpuas hati dengan kenaikan pangkat sehingga membuat surat layang untuk memburukkan ketua mereka," katanya ketika berucap dalam Majlis Lafaz dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah Peringkat Pertubuhan Peladang Negeri Pahang (PASFA) di Kuantan, hari ini.

Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Lembaga Pertubuhan Peladang Malaysia Hamzah Bahari dan Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah PASFA Datuk Mustaffar Kamal Ab Hamid.

Beliau berkata, bagaimanapun SPRM tetap akan menyiasat surat layang itu dan jika ada asas dakwaan berkenaan, pihaknya akan ambil tindakan.

"Kita akan pergi ke jabatan atau agensi kerajaan yang terbabit untuk buat siasatan. Kebanyakan surat layang ini dibuat oleh kakitangan jabatan berkenaan juga.

"Namun, kebanyakan surat layang diterima adalah tidak betul. Bagaimanapun siasatan tetap dijalankan bagi memastikan amalan rasuah dapat dicegah.

"Saya minta orang ramai jika ada masalah berkaitan isu rasuah, datang terus ke pejabat SPRM, jangan takut kepada kita," katanya.



sumber: hmetro

0 comments:

Post a Comment