Selesaikan krisis Rohingya secara rundingan

Monday, November 20, 2017

Selesaikan krisis Rohingya secara rundingan

Selesaikan krisis Rohingya secara rundingan

HANOI - Menteri Luar China, Wang Yi, telah menggesa Bangladesh dan Myanmar menyelesaikan krisis Rohingya menerusi rundingan dua hala berbanding inisiatif antarabangsa, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

Masyarakat antarabangsa tidak seharusnya merumitkan lagi keadaan, kata Wang dalam satu taklimat akhbar baru-baru ini di Kedutaan China di Dhaka, Bangladesh, sambil menambah bahawa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) perlu membantu kerjasama dua hala Bangladesh-Myanmar untuk menyelesaikan masalah itu secara aman.

China menyokong penyelesaian krisis itu secara aman dan menerusi rundingan dua hala antara Bangladesh dan Myanmar, kata beliau sambil menambah situasi itu adalah kompleks, yang memerlukan satu penyelesaian menyeluruh.

"Selain itu, pembangunan ekonomi negeri Rakhine diperlukan. China sedia membantu," kata Wang.

Keganasan meletus di negeri Rakhine sejak kumpulan bersenjata menyerang 24 pos polis dan memecah masuk ke sebuah pos tentera pada 25 Ogos.

Setakat ini, sekurang-kurangnya 110 orang terbunuh. Lebih 600,000 masyarakat Islam Rohingya, terutama wanita dan kanak-kanak, telah mencari pelbagai jalan untuk melarikan diri ke Bangladesh. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment