Prasarana perluas kerjasama dengan IPT

Monday, November 20, 2017

Prasarana perluas kerjasama dengan IPT

Prasarana perluas kerjasama dengan IPT

SHAH ALAM: Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mengorak langkah dalam transformasi pengangkutan awam dengan memperluaskan kerjasama dengan institut pengajian tinggi (IPT).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Azmi Abdul Aziz, berkata kerjasama yang dimeterai dengan Universiti Teknologi MARA (UiTM) bertujuan memperluaskan kepakaran dalam bidang kejuruteraan dan operasi kereta api.

"Kerjasama ini tidak seperti kursus biasa yang ada struktur dan silibus, tetapi bagaimana kita boleh berkongsi pengalaman bagi memantapkan program di UiTM.

"Paling mustahak, hasil dikeluarkan UiTM dapat memenuhi kehendak industri dan fokus di sini memenuhi kehendak industri kereta api yang berkembang pesat.

"Jika IPT tidak dapat memenuhi keperluan ini, kita terpaksa mencari tenaga kerja dari luar negara dan ini merugikan peluang graduan negara sendiri," katanya.

Beliau berucap pada Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) Kerjasama dalam Kejuruteraan dan Operasi Kereta Api di antara UiTM dan Rapid Rail Sdn Bhd di sini, petang tadi.

MoU itu ditandatangani Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd, Datuk Zohari Sulaiman, manakala UiTM oleh Canselornya, Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Said.

Turut menyaksikan MoU itu ialah Pengurus Akademi Rapid Rail dan Timbalan Naib Canselor, Industri Rangkaian Masyarakat dan Alumni, UiTM, Prof Dr Zaini Abdullah. 

Azmi berkata, kerjasama itu tidak memerlukan UiTM mewujudkan kursus baharu, sebaliknya hanya menstruktur semula program sedia ada, selari kehendak industri.

Sementara itu, Hassan berkata, MoU berkenaan lebih menjurus kepada aspek penyelidikan, pendidikan dan beberapa perkara berkaitan.

"Selain sokongan Prasarana dalam bidang ini, kita akan bekerjasama dengan Rapid Rail untuk melaksanakan kajian bagi membangunkan modal insan dalam bidang pengangkutan ini.

"Kejuruteraan kereta api adalah bidang baharu bagi UiTM, maka kami akan memasukkan elemen pembelajaran di sini," katanya.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment