Pendandan rambut cedera diragut

Sunday, November 19, 2017

Pendandan rambut cedera diragut

Pendandan rambut cedera diragut

BAHAU - Hasrat seorang pendandan rambut untuk membeli barangan peragaan rambut musnah apabila beg tangannya diragut awal pagi Jumaat lalu.

Mangsa dikenali sebagai Liang Yu Chui, 41, mengalami kerugian lebih RM1,000 ketika ingin masuk dalam kenderaannya pada hari kejadian, sekitar jam 6 pagi ditemani ibunya.

“Entah dari mana dia (penjenayah) datang. Tiba-tiba beg tangan saya terasa seperti ditarik. Saya cuba pertahankan diri dan selamatkan beg tapi gagal.

“Saya terjatuh sehingga luka kecil di tangan dan kaki. Tak mampu nak buat apa-apa, saya hanya tengok penjenayah tu dari jauh selepas dia pecut laju motosikal yang ditunggangnya,” katanya.

Ujar Yu Chui, dia kemudiannya mendapatkan rawatan bagi kecederaan dialami, serta membuat laporan mengenai kejadian berkenaan khususnya perincian barangan yang hilang, di Balai Polis Bahau.

Sementara itu, Adun Bahau, Chew Seh Yong ketika ke lokasi kejadian berkata, masyarakat diingatkan agar sentiasa peka terhadap persekitaran khususnya jika terdapat aktiviti dan pergerakan yang mencurigakan.

Mangsa menceritakan semula bagaimana dia diragut sambil diperhatikan Seh Yong (kanan).

“Saya difahamkan sejak kebelakangan ini kes ragut dipercayai semakin menjadi-jadi sehingga menyebabkan kerugian kepada mangsa.

“Selain polis melakukan rondaan secara kerap, masyarakat juga diharap bersama menjadi mata dan telinga pihak berkuasa supaya tidak menjadi mangsa penjenayah,” katanya.

Seh Yong berkata, masyarakat juga khususnya yang menjadi mangsa jenayah dinasihatkan tidak menyembunyikan kejadian yang berlaku, sebaliknya perlu tampil melaporkan kejadian yang berlaku di tempat masing-masing.

“Tidak kira kes besar ataupun sebaliknya, laporan mesti dibuat agar polis dapat buat tindakan susulan dan dengan rekod itu perincian siasatan dapat dilaksanakan,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment