FELCRA rancang bangunkan produk makanan berasaskan algae

Tuesday, November 21, 2017

FELCRA rancang bangunkan produk makanan berasaskan algae

FELCRA rancang bangunkan produk makanan berasaskan algae

KUCHING: FELCRA Berhad sedang mengkaji cadangan untuk menceburi sektor pertanian bio-organik berasaskan produk lumut air atau algae secara komersial dengan menggunakan teknologi tinggi.

Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad, Datuk Zulkarnain Md Eusope berkata, algae itu akan dihasilkan daripada bahan buangan daripada kilang kelapa sawit dan diproses untuk dijadikan produk kesihatan, khususnya makanan tambahan.

Beliau berkata, pihaknya memerlukan tempoh sekurang-kurangnya setahun bagi membuat kajian secara terperinci dari pelbagai aspek berkaitan dengan industri algae secara komersial.

"Kami akan membentuk Jawatankuasa Teknikal mengenai perkara ini bertujuan untuk memperhalusi pelbagai perkara, terutamanya pemprosesan produk kesihatan serta strategi pemasaran.

"Kami juga yakin sasaran untuk menghasilkan produk makanan tambahan berasaskan algaeƂ  akan menjadi kenyataan pertengahan tahun depan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas pertukaran memorandum persefahaman (MoU) dengan Algaetech International Sdn Bhd untuk penghasilan produk berasaskan algae, pada Forum Ekonomi Islam Dunia Ke-13 (WIEF-13) di sini, hari ini.

Majlis berkenaan disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Pengerusi Yayasan WIEF, Tun Musa Hitam serta Pengerusi Bersama WIEF-13, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan.

Mengulas lanjut, Zulkarnain berkata, pertukaran MoU dengan Algaetech Internationl Sdn Bhd itu membabitkan kerjasama dalam bidang pembangunan dan pengkomersialan hasil buangan kelapa sawit.

Kerjasama itu turut membabitkan perniagaan pengeluaran algae berskala besar sejajar dengan peranan FELCRA5 Berhad yang menjadi peneraju utama industri gedung makanan negara.

"Projek perintis akan kita laksanakan di kilang sawit FELCRA Berhad di Seberang Perak dan akan dikembangkan ke tempat lain selepas kita meneliti hasil dari projek perintis.

"FELCRA Berhad mempunyai enam kilang sawit seluruh negara dan empat lagi kilang yang dimiliki secara usaha sama," katanya.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment