Gunung berapi meletus, keluar asap tebal
JAKARTA - INDONESIA. Gunung Agung, gunung berapi di pulau pelancongan Bali dilaporkan meletus petang tadi dan mengeluarkan asap kelabu.
Menurut Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB), letusan itu berlaku pada 5.05 petang waktu tempatan dan mula mengeluarkan asap kelabu setinggi 600 meter.
"Orang ramai di sekitar Gunung Agung, pendaki, pengunjung dan pelancong diminta supaya tidak berada, tidak melakukan pendakian dan tidak melakukan aktiviti di Zon Perkiraan Bahaya," kata Ketua Pusat Data Informasi BNPB Sutopo Purwo Nugroho, yang dipetik dalam laporan agensi berita Antara hari ini.
Zon Perkiraan Bahaya adalah meliputi kawasan lingkungan 6 kilometer dari kawah puncak Gunung Agung.
Sementara itu, menurut laporan media dalam talian, Kementerian Perhubungan Indonesia dilapor menyatakan semua penerbangan luar dari, dan ke Bali ketika ini masih dijadual seperti biasa.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment