30 maut letupan bom di Nigeria

Tuesday, November 21, 2017

30 maut letupan bom di Nigeria

30 maut letupan bom di Nigeria

ABUJA - NIGERIA. Letupan bom oleh pengebom bunuh diri di sebuah masjid di bandar Mubi, timur laut Nigeria pada awal pagi Selasa, menyebabkan 30 orang maut, menurut polis lapor agensi berita China Xinhua.

Jurucakap polis, Othman Abubakar berkata kepada pemberita, serangan pada waktu subuh itu, dilakukan seorang remaja tidak dikenali dengan meletupkan jaket berisi bahan letupan yang dipakainya, di sebuah masjid di Kunu Araha.

"Bom diletupkan sejurus selepas solat. Insiden turut mengakibatkan ramai mangsa mengalami kecederaan dan menerima rawatan di beberapa hospital di utara Mubi," kata Abubakar. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment