Terkejut tengok api marak

Friday, December 29, 2017

Terkejut tengok api marak

Terkejut tengok api marak

KUALA LUMPUR â€" “Akak tak boleh buat apa-apa, akak hanya mampu jerit suruh jiran berhampiran supaya keluar selamatkan diri bila api makin marak,” luah salah seorang mangsa kebakaran di Lorong Raja Muda Musa 5, Kampung Baru pagi semalam.

Dia yang mahu dikenali sebagai Suehani berkata, dia tinggal bersama suami dan dua anaknya di dalam rumah tersebut sejak 16 tahun lalu.

“Masa kejadian suami saya bekerja, dua anak saya pula di sekolah. Masa tu duduk dalam bilik saja...tiba-tiba saya rasa bahang.

“Bila keluar daripada bilik, punyalah terkejut tengok api dah marak sampai ke bumbung,” katanya.

Menurutnya, dia sekeluarga tinggal sehelai sepinggang kerana tidak sempat menyelamatkan dokumen serta barangan peribadi.

“Saya hanya sempat selamatkan kad pengenalan anak,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, sebanyak 15 kediaman musnah terbakar.

Kebakaran itu dipercayai membabitkan rumah milik persendirian yang disewa kepada warga asing.

Sementara itu, Ketua Cawangan Pengurusan Operasi Bomba dan Balai Bahagian Operasi Kuala Lumpur, Ahmad Adli Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam kira-kira jam 9.39 pagi.

“Seramai 55 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa, Hang Tuah, Wangsa Maju, Jalan Tun Razak, Keramat, dan Bandar Tun Razak mengawal kebakaran daripada merebak ke lapan rumah lain yang berada berhampiran lokasi kejadian,” katanya.

Ahmad Adli berkata, menurut saksi yang menyatakan kebakaran bermula daripada rumah yang berada di tengah lokasi kejadian.

“Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dan punca kebakaran masih dalam siasatan, kerugian dianggarkan kira-kira RM500, 000” katanya.

Dalam perkembangan sama, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani merangkap Ahli Parlimen Titiwangsa berkata, pihaknya akan memohon kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mendapatkan penempatan sementara bagi mangsa.

“Saya juga akan buat permohonan kepada DBKL untuk sediakan tempat tinggal sementara sehingga rumah yang terbabit dibaiki sepenuhnya,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment