Reka bentuk stesen HSR Melaka paling unik

Thursday, December 7, 2017

Reka bentuk stesen HSR Melaka paling unik

Reka bentuk stesen HSR Melaka paling unik

MELAKA: Reka bentuk stesen Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (KL-SG HSR) di negeri ini mempunyai reka bentuk paling unik, berbanding enam stesen lain yang bakal dibina.

Ia berikutan stesen di negeri itu meraih undian tertinggi daripada orang ramai sebagai reka bentuk paling unik dan menarik.

Pengarah Komersial MyHSR Corp, Tonny Yeap, berkata stesen berkenaan diilhamkan daripada reka bentuk kapal dagang yang melambangkan Melaka sebagai pusat perdagangan pada suatu ketika dulu.

"Hasil undian daripada 500 individu pelbagai latar belakang ke atas tujuh reka bentuk mendapati stesen HSR di Melaka memperoleh undian paling tinggi, sekali gus menjadikan negeri itu terus menjadi tumpuan ramai.

"Melaka akan mempunyai 57 kilometer (km) jajaran membabitkan keseluruhan 328 km jajaran, dengan stesen terletak berhampiran Plaza Tol Ayer Keroh di Mukim Durian Tunggal," katanya pada sesi penerangan media mengenai projek HSR di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Penyampaian Projek, Mark Loader.

KL-SG HSR akan mempunyai tujuh stesen iaitu Bandar Malaysia, Bangi-Putrajaya, Seremban, Melaka, Muar, Batu Pahat, Iskandar Puteri di Malaysia dan Jurong East di Singapura.

Kerja pembinaan dijangka bermula pada 2018 dan dijadual siap serta beroperasi menjelang 2026.

Yeap berkata, pihaknya menyediakan tujuh pusat pameran pemeriksaan awam tetap dan sementara yang dibuka di kawasan terpilih bermula sejak 1 November lalu hingga 31 Januari tahun depan.

Pameran ini membolehkan masyarakat memperoleh maklumat mengenai projek, jajaran HSR yang dirancang, lokasi stesen di Malaysia, ciri khas dan susun atur stesen, rancangan pengambilan tanah, data teknikal kereta api dan Program Pembangunan Sosioekonomi (SEDP).



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment