Polis rampas dadah bernilai lebih RM40,000

Sunday, December 17, 2017

Polis rampas dadah bernilai lebih RM40,000


Dalam serbuan kira-kira pukul 2.15 pagi itu, polis turut menahan seorang lelaki yang merupakan rakan kepada dua beradik tersebut dipercayai terlibat dalam pengedaran bahan terlarang itu.


Pemangku Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohamed Zulmazi Che Daud, berkata, pihaknya telah merampas sebanyak 19 botol herion termasuk 43.75 gram dadah jenis syabu.


“Kita turut merampas dua biji pil kuda dan wang tunai berjumlah RM730. Kesemua suspek yang ditangkap berusia antara 26 hingga 30 tahun.


“Tiga suspek ini kita reman selama seminggu bagi membantu siasatan berhubung kes pengedaran dadah,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat di sini hari ini.


Mohamed Zulmazi memberitahu, kes disiasat bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - UTUSAN ONLINE.



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment