Polis kenal pasti suspek bunuh pelajar

Thursday, December 7, 2017

Polis kenal pasti suspek bunuh pelajar

Polis kenal pasti suspek bunuh pelajar

MELAKA: Polis sudah mengenal pasti identiti tiga individu bagi membantu siasatan kes kematian seorang pelajar lelaki Tingkatan Empat yang meninggal dunia di Hospital Melaka, di sini, Isnin lalu.

Mangsa, M Arunasalam,16, ditemui orang awam di sebuah hentian bas di Ayer Keroh, sebelum dibawa ke Jabatan Kecemasan hospital berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Mohd Kamal Zainal, berkata ketiga-tiga lelaki itu dikenali sebagai J Visvanathan, 32, K Shanmuganatan, 35, dan N Thiagu, 38.

Katanya, siasatan awal mendapati seorang daripada tiga suspek adalah bapa saudara mangsa yang bekerja sebagai pemandu lori, manakala dua lagi tiada hubungan keluarga.

"Siasatan mendapati, kes yang berlaku di sebuah bengkel di Krubong itu dipercayai akibat perselisihan faham di antara suspek dengan mangsa.

"Polis sudah mengenal pasti identiti suspek, namun kita minta mereka menyerah diri untuk membantu siasatan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) hari ini.

Sejak semalam, tiga video berdurasi kira-kira seminit setiap satu tersebar di Facebook memaparkan seorang remaja lelaki dipukul kerana dipercayai mencuri wang datuknya.

Dalam video itu, remaja yang tidak berbaju berkenaan dilihat dipukul menggunakan getah paip sambil kali merayu dan menangis.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment