Pelangi 9 jam pecah rekod dunia

Monday, December 4, 2017

Pelangi 9 jam pecah rekod dunia


TAIPEI: Pelangi adalah suatu kejadian alam yang menakjubkan.

Namun kebiasaannya, pelangi hanya terbentuk selepas hujan atau apabila cahaya matahari dipancar ke atas partikel air, untuk tempoh seketika.

Di Taiwan, bagaimanapun, pembentukan pelangi paling lama direkodkan adalah selama sembilan jam!
Pelajar dan kakitangan di Chinese Culture University (CCU) di Taipei cukup bertuah dapat mengamati kejadian yang berlaku pada Khamis lalu.

Pelangi berkenaan muncul dari jam 6.57 pagi hingga 3:55 petang waktu tempatan, iaitu lapan jam 58 minit - hampir sembilan jam direkodkan. - Gambar CCU, Taipei
Pelangi berkenaan muncul dari jam 6.57 pagi hingga 3.55 petang waktu tempatan, iaitu lapan jam 58 minit - hampir sembilan jam direkodkan.

Ia sekali gus memecah rekod pelangi paling lama yang dicatatkan dalam Guinness World Records sebelum ini, iaitu enam jam di Yorkshire, England pada 14 Mac 1994.

Dipercayai musim hujan di Taiwan ketika ini adalah punca fenomena alam itu bertahan lama.

Kejadian pelangi, kebiasaannya, hanya berlaku dalam tempoh sekitar sejam.



sumber: astroawani

0 comments:

Post a Comment