PAU 2017: Lebih 5,000 perwakilan dijangka hadir
KUALA LUMPUR - Seramai 5,739 perwakilan mengesahkan kehadiran pada Perhimpunan Agung Umno yang berlangsung lima hari bermula hari ini.
Daripada jumlah itu, 2,761 perwakilan hadir pada perhimpunan tersebut manakala 994 orang untuk Wanita dan 992 Pemuda.
Bagi Pergerakan Puteri, 992 perwakilan hadir.
Selain itu, seramai 63 jemputan daripada 17 parti politik dari 14 negara mengesahkan kehadiran.
Kelab Umno Luar Negara telah mengesahkan 51 perwakilan yang terdiri daripada 82 kelab dan tujuh Badan Perhubungan Negara.
Seramai 350 mahasiswa daripada 20 universiti awam dan 50 universiti swasta akan terlibat atas nama Mahasiswa Nasional.
Mahasiswa Turun Parlimen (Mantapkan) yang berjumlah 60 orang hadir sebagai sukarelawan sepanjang perhimpunan itu.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment