Pakatan Harapan yakin kekal kuasa di Selangor

Sunday, December 3, 2017

Pakatan Harapan yakin kekal kuasa di Selangor

Pakatan Harapan yakin kekal kuasa di Selangor

SHAH ALAM - Pakatan Harapan (Harapan) yakin mampu mengekalkan kuasa pentadbiran di Selangor biarpun mengakui ada kemungkinan berlakunya sedikit penurunan jumlah sokongan pengundi terhadap mereka.

Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafie berkata, berdasarkan situasi terkini menunjukkan sukar bagi Barisan Nasional (BN) untuk merampas Selangor dalam PRU14 memandangkan pentadbiran kerajaan persekutuan masih dibelenggu isu umum seperti cukai GST dan harga minyak yang jelas menekan ekonomi rakyat.

“Ya kita jangkakan mungkin sedikit penurunan sokongan tapi kita tidak jangka Harapan akan tewas, apatah lagi BN juga berada dalam situasi yang tidak menguntungkan dengan isu-isu yang beri kesan kepada ekonomi rakyat.

“Jika tercetus ‘tsunami Melayu’ seperti yang diperkatakan, mungkin itu tsunami buatan mereka...saya syak mungkin akan ada kerjasama antara BN dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atau manipulasi dalam mengalihkan pengundi Melayu ke satu kawasan terpilih.

“Ia sukar disangkal kerana persempadanan baru kelihatan menjurus ke arah itu, malah Umno Selangor juga gunakan sempadan baru sebagai panduan persiapan jentera pilihanraya mereka...jika berlaku apa yang mereka sebut itu nanti, maka itu mengesahkan kerjasama sulit dan SPR bukanlah badan bebas,” katanya.

Shuhaimi berkata demikian ketika diminta mengulas andaian yang mengatakan kemungkinan berlaku peralihan sokongan pengundi Melayu dalam PRU14  khususnya di Selangor, seterusnya memberikan kelebihan kepada BN untuk kembali menawan negeri itu.

Katanya, BN dan Umno Selangor hari ini juga dilihat lebih gemar menyerang kerajaan negeri dengan melakukan perang saraf melalui badan-badan tertentu bagi memberikan gambaran buruk terhadap kerajaan negeri.

“Saya yakin pola sokongan rakyat Selangor kepada Harapan masih tinggi berdasarkan kajian yang kita lakukan, kita tak tergugat dengan permainan retorik BN.

“Perang saraf dan retorik yang mereka mainkan belum mampu tutup kelemahan mereka yang culas di Putrajaya, sokongan terhadap BN tak melonjak walaupun dengan penyertaan mantan menteri besar.

“Walaupun berlaku pertandingan lebih dua penjuru, saya yakin Harapan akan kekal tadbir Selangor...gelombang dan ribut tsunami itu akan berpindah ke Batang Kali, Tanjung Karang dan Putrajaya,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment