Masih tiada kelibat Syafiq

Monday, December 4, 2017

Masih tiada kelibat Syafiq

Masih tiada kelibat Syafiq

PENYERANG Kedah, Syafiq Ahmad, 22, masih belum hadir menyertai kem latihan pusat di Wisma FAM, Kelana Jaya yang bermula Isnin lalu.

Syafiq antara 30 pemain yang telah dipilih ketua jurulatih skuad B-23 kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee dalam persiapan menghadapi pusingan akhir Kejuaraan B-23 AFC 2018 yang akan berlangsung di Jiangsu, China dari 9 hingga 27 Januari 2018.

"Setakat ini Syafiq masih belum melaporkan diri dan saya masih menunggu maklum balas daripada dia tentang situasi terbabit.

"Saya difahamkan dia (Syafiq) melangsungkan perkahwinan semalam. Dia sepatutnya hubungi kita tentang kehadirannya," kata Kim Swee ketika ditemui di padang Wisma FAM Kelana Jaya, hari ini.

Pengendali berusia 46 tahun itu berkata, beliau masih belum memikirkan tindakan berhubung situasi terbabit.

Katanya, jika cuti berpanjangan, pastinya pemain lain telah berlatih lebih masa dan untuk membawa Syafiq kembali dalam masa singkat kemungkinan agak sukar bagi mengembalikan kecergasannya.

"Namun, itu terpulang situasinya nanti. Saya akan bincang dengan pihak pengurusan sebelum memutuskan apa tindakan selanjutnya.

"Kalau ikut jadual, dia harus lapor secepat mungkin, jika gagal laporkan diri, kita akan buat keputusan dalam masa terdekat," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment