Kerbau terperosok dalam longkang hampir 8 jam
BATU KURAU - Seekor kerbau terjatuh dan terperosok selama hampir 8 jam di dalam longkang, di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Perak, di sini.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Kurau, K Murugan berkata, difahamkan haiwan itu terjatuh pada kira-kira jam 2 pagi.
Menurutnya, penduduk kampung cuba membantu untuk mengeluarkan kerbau terbabit, namun gagal kerana ia bertindak agresif.
"Usaha untuk mengeluarkan kerbau seberat 120 kilogram itu diteruskan selepas orang awam menghubungi BBP Batu Kurau kira-kira jam 8.39 pagi untuk mendapatkan bantuan.
"Sejurus menerima panggilan, sebuah jentera dengan kekuatan lapan anggota telah bergegas ke lokasi kejadian," katanya kepada Sinar Harian, di sini hari ini.
Murugan berkata, usaha mengeluarkan kerbau itu dilakukan menggunakan tali.
"Malah anggota juga turut menerima bantuan daripada orang awam bagi mengangkat kerbau yang terperosok di dalam longkang. Kerbau itu akhirnya berjaya dibawa keluar pada jam 9.40 pagi," katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment