'Banjir jagung' di R&R Sungai Buloh

Thursday, December 7, 2017

'Banjir jagung' di R&R Sungai Buloh

'Banjir jagung' di R&R Sungai Buloh

KUALA LUMPUR: Sebahagian besar pengguna Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) yang menuju ke arah utara terperangkap dalam kesesakan hampir sejam akibat `banjir jagung'.

Empat lorong lebuh raya menuju ke utara di Kilometer (KM) 454.4, dipenuhi bijiran jagung apabila lori yang membawa muatan itu

terbalik selepas melanggar penghadang jalan dan kemudiannya terbakar.

Kejadian sekitar jam 3.30 petang berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Jejantas Sungai Buloh itu menyebabkan kesesakan teruk berlaku sepanjang tiga kilometer.


ANGGOTA bomba memadam kebakaran pada bahagian depan lori yang membawa muatan bijirin jagung dan membersihkan laluan empat lorong di Kilometer 454.4 (arah utara) berhampiran R&R Jejantas Sungai Buloh, petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul, berkata pihaknya mengambil masa kurang setengah jam untuk memadam kebakaran dan membersihkan laluan berkenaan.

"Pegawai dan anggota bomba turut dibantu oleh polis, polis bantuan PLUS serta agensi berkaitan untuk membersihkan laluan berkenaan yang dipenuh bijirin jagung.

"Pemandu lori itu hanya cedera ringan dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut," katanya.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment