Isu Felda: Jangan ada pihak bersalah dapat perlindungan

Friday, December 29, 2017

Isu Felda: Jangan ada pihak bersalah dapat perlindungan

Isu Felda: Jangan ada pihak bersalah dapat perlindungan

KUALA TERENGGANU â€" Pihak berkuasa digesa tidak memberi perlindungan kepada mana-mana pihak yang bersalah dalam kes penipuan urusan pertukaran tanah milik Felda di Jalan Semarak sekalipun ia melibatkan pemimpin Umno.

Pengerusi Bersatu Terengganu, Datuk Razali Idris berkata, bukan hanya warga Felda berang, malah rakyat turut marah berhubung kontroversi tersebut kerana dilihat berlaku kelemahan urus tadbir, menyeleweng atau mempunyai niat mempergunakan Felda demi kepentingan pihak tertentu.

Sehubungan itu, pihaknya turut menggesa siasatan menyeluruh dilakukan bukan sahaja pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) malah Felda perlu memainkan peranan melalui siasatan dalaman di samping penjelasan terperinci kepada rakyat dan warga Felda.

“Harta yang hilang itu perlu ditebus kembali demi masa depan warga Felda dan Felda sendiri.

"Jangan ada pihak yang mendapat ‘perlindungan’ walaupun mungkin akan membabitkan pemimpin Umno... Jangan ada perbuatan mahu menyorok isu ini di bawah permaidani,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Apa yang penting menurutnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga tidak boleh lepas tangan kerana pemimpin negara itu berperanan penting dan bertanggungjawab terhadap pelantikan pengurusan tertinggi Felda.

Jelasnya, pentadbiran Felda yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri juga didakwa sering kali mengkhianati kepercayaan warga Felda sedangkan mereka memberi keyakinan penuh kepada Felda dalam menguruskan badan tersebut.

“Biarpun ia sedang dimajukan untuk projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) yang mempunyai tujuh menara termasuk menara ikonik Felda, KLVC Tower1A, bangunan 68 tingkat lengkap dengan parkir bawah tanah dan helipad, kerajaan perlu menghentikan segera kerja-kerja berkenaan.

“Sehingga siasatan selesai semua kerja wajar turut diberhentikan, apalagi jika menurut  Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ia adalah syarikat baharu yang hanya ditubuhkan pada Januari lalu,” katanya.

Sementara itu, beliau turut menegaskan bahawa pemimpin berkuasa tidak seharusnya menggunakan kuasa mereka sewenang-wenangnya kerana rakyat mempunyai pilihan menjatuhkan mana-mana kerajaan yang ada.

 

 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment