Fathia Latiff Mahu Peluang Temubual Najib Razak
Kebelakangan ini Fathia Latiff agak rancak melibatkan diri dalam isu politik dengan menyuarakan beberapa pendapat di laman sosial. Tidak pernah rasanya kenyataan Fathia tidak berbaur kontroversi. Terbaru Fathia meminta peluang untuk menemu bual Perdana Menteri, Najib Razak pula.
BACA: Tun Mahathir Puji Keberanian Fathia Latiff
Menerusi laman twitter, Fathia bertanyakan andai beliau dapat diberi peluang bersua muka dengan Perdana Menteri Malaysia berserta dengan kepsyen nakal. Dalam statusnya itu, Fathia sempat memuat naik gambar ketika beliau menemu bual Tun tidak lama dulu.
“Saya pernah interview Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ni, boleh tak bagi saya peluang utk interview PM Najib Razak pulak Najib? pleassee? I promise i’ll be good,” tulisnya menerusi akaun Twitter beberapa hari lalu.
Bagi sesiapa yang mengikuti perkembangan pelakon ini di laman sosial, pastinya sedar Fathia menyanjung tinggi jasa-jasa Tun Mahathir ketika pemerintahannya. Tetapi sebaliknya pula pada pemerintahan kini kerana Fathia sering dilihat mengkritik keadaan semasa.
Rasanya tidak perlulah diingatkan kembali ‘tweet-tweet hebat’ Fathia sebelum ini. Biarpun ramai yang mengecam tindakan pelakon itu yang dilihat seperti ‘acah-acah pandai’, namun nampaknya sedikit sebanyak telah menarik perhatian ahli politik. Syabas diucapkan! (rtky/w)
sumber: rotikaya
0 comments:
Post a Comment