DOJ tidak sasar individu tertentu: Peguam AS

Monday, December 4, 2017

DOJ tidak sasar individu tertentu: Peguam AS

DOJ tidak sasar individu tertentu: Peguam AS

SHAH ALAM - Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat tidak menyasarkan individu tertentu berkaitan isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB), kata seorang peguam terkemuka Amerika Syarikat.

Tom Goldstein, antara peguam mahkamah Agung paling berpengalaman di negara itu berkata, DOJ hanya memfailkan saman sivil pelucuthakan dan mendapatkan kembali aset yang dikaitkan dengan 1MDB.

"รข€¦ (DOJ) hanya memulakan tindakan pelucuthakan sivil bagi harta berkenaan dan bukan tindakan jenayah terhadap sesiapa.

"Oleh itu, saya berpendapat adalah silap untuk mengatakan bahawa Amerika Syarikat telah mengambil tindakan terhadap individu (yang ada kaitan dengan1MDB)," katanya pada sesi soal jawab selepas menyampaikan ceramah tentang Litigasi Jenayah di Amerika Syarikat di Universiti Teknologi Mara di sini hari ini.

Terdahulu, pada satu lagi sesi soal jawab, peguam itu berkata,  pelucuthakan akan terus wujud di Amerika Syarikat dan oleh itu tidak terdapat prospek secara realistik perkara itu akan diisytihar bercanggah dengan perlembagaan. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment