BN negeri disaran kaji guna aplikasi BN Perak

Sunday, December 17, 2017

BN negeri disaran kaji guna aplikasi BN Perak

BN negeri disaran kaji guna aplikasi BN Perak

GERIK - Semua BN negeri disaran mengkaji penggunaan  aplikasi khas yang dicipta BN Perak untuk merekodkan bilangan pemilih yang keluar mengundi pada PRU14.

Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa berkata, aplikasi itu melaporkan secara tepat masa mengenai kedudukan parti pada hari pengundian berdasarkan bilangan yang mengundi.

"Aplikasi ini saya rasa patut dikaji oleh (BN) negeri lain...saya telah tengok banyak sistem yang dipakai namun, ini antara yang terbaik kerana boleh melaporkan secara tepat masa.

"Malah, ia sesuai untuk semua kawasan sama ada yang ada kemudahan internet atau tidak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival dan Pelancaran Jentera BN Lenggong di sini, hari ini.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Umno Perak Datuk Saarani Mohamad berkata aplikasi berkenaan merupakan pelengkap kepada sistem sedia ada iaitu 'Get The Voters Out'.

"Dalam sistem  sebelum ini, kita hanya boleh mengetahui kedudukan kita sekurang-kurangnya tiga jam selepas waktu mengundi bermula tetapi dengan aplikasi ini, kita boleh mengetahui kedudukan kita secara tepat masa.

"(Kita juga boleh mengesan) sama ada pengundi putih sudah keluar mengundi atau tidak, dan kalau belum siapa dia ...kita boleh cari untuk pastikan mereka keluar mengundi sebelum 5 petang," katanya.

Menjelas lanjut, Saarani yang juga Ketua Umno Bahagian Lenggong berkata hari ini merupakan percubaan pertama aplikasi berkenaan dan jika ada kelemahan, ia akan diperbaiki sebelum diperluaskan ke 23 kawasan Parlimen lain di seluruh Perak.

Lenggong mempunyai 29,000 pengundi berdaftar. รข€"Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment