Banjir pulih di Perak

Sunday, December 3, 2017

Banjir pulih di Perak

Banjir pulih di Perak

SERI MANJUNG: Dua pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Manjung ditutup jam 3 petang hari ini dan semua mangsa dibenarkan pulang.

Semua 77 orang daripada 23 keluarga yang ditempatkan di kedua-dua PPS itu dibenarkan pulang selepas banjir surut sepenuhnya.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, berkata dua PPS yang ditutup itu ialah Sekolah Agama Rakyat Tebuk Yan, Pantai Remis dan Sekolah Kebangsaan Sungai Batu, Pantai Remis.

"Di Perak, banjir sudah pula sepenuhnya selepas keadaan cuaca panas dan kesemua mangsa sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

"Kerja kerja pembersihan di kawasan rumah sedang dijalankan dengan bantuan sukarelawan dan diharapkan keadaan cuaca panas ini akan berterusan," katanya.

Sebelum ini, selain daerah Manjung, dua lagi daerah di Perak yang terjejas banjir ialah di Muallim dan Taiping sebelum PPS di kedua-dua daerah itu sudah ditutup semalam.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment