Amaran angin kencang tiga hari

Saturday, December 16, 2017

Amaran angin kencang tiga hari

Amaran angin kencang tiga hari

KUALA LUMPUR: Angin kencang dengan kelajuan 60 kilometer sejam (km/j) dijangka berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur selama tiga hari sehigga Selasa, 19 Disember ini.

Keadaan laut di perairan pantai dan timur itu juga dijangka bergelora dengan ketinggian ombak melebihi 4.5 meter (m).

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menyebut, keadaan itu berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan, termasuk penangkapan ikan dan perkhidmatan feri.

Angin kencang dan lautan bergelorajuga dijangka melanda perairan Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah (Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat).

Angin kencang timur laut dengan kelajuan 40 hingga 50 km/j dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 m dijangka berterusan selama tiga hari.

Keadaan itu berbahaya kepada semua aktiviti bot kecil rekreasi dan sukan laut.

Bagi seksyen perkapalan, MetMalaysia juga meningkatkan amaran kategori kedua di kawasan perairan Samui, Condore, Reef South, Layang-Layang, Palawan, Tioman,  Bunguran dan Reef North.

Amaran ketegori pertama turut dikeluarkan untuk kawasan perairan tengah Samui, Bunguran, Reef South, Wilayah Persekutuan Labuan dan Palawan.

Sementara itu, cuaca buruk dijangka berlaku di Sabah (Kudat, Pantai Barat dan Pedalaman, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak (Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman) sehingga Rabu, 20 Disember ini.

Menurut kenyataan dikeluarkan Pusat Gempa Bumi dan Tsunami Nasional MetMalaysia, gempa sederhana berlaku di koordinat 28.0 utara dan 139.4 timur iaitu 3,009 kilometer (km) Laut Pitas, Sabah. 

Begitupun, tiada ancaman tsunami dikeluarkan.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment